Maaf..
Bertahun kita bersama,
Pelbagai kejayaan telah dicapai,
Bukan tak mahu bersama,
Namun jodohku dah sampai.. :)
Maaf..
Semua saat gembira,
Masih segar dalam ingatan,
Kita sama-sama tertawa,
Kini semua tinggal kenangan..
Maaf..
Harapanku agar kau gembira,
Meneruskan hidup tanpa sesal,
Jangan kau sedih mahupun hiba,
Kerana ingatan pasti kekal..
Maaf..
Kata orang jangan disalahkan perpisahan,
Tapi salahkanlah pertemuan,
Namun bagiku pertemuan itulah permulaan,
Kepada semua kejadian yang merupakan keindahan..
Maaf..
Rindu itu sudah pasti,
Kasih itu adalah pengikat,
Semua tentu tersemat di hati,
Pohon agar rindu terubat..
Maaf..
-Eleena Nordin-
No comments:
Post a Comment